PEMILIHAN BAHAN BACAAN
Pemilihan
bahan bacaan sangat penting terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran oleh
guru. Bahan bacaan yang sesuai perlu dipilih supaya sesuai dengan pelajar dari
pelbagai aspek terutama sekali intelek pelajar. Bahan bacaan yang tidak sesuai
digunakan oleh guru untuk pembelajaran akan menyebabkan wujud masalah dalam
bacaan. Di samping itu, kita sedia maklum bahawa pada masa kini ramai yang
menghadapi masalah dalam membaca dan menyebabkan sistem pembelajaran menjadi
terhenti. Namun begitu, kita tidak boleh menyalahkan mereka sahaja seperti
kecerdasan intelek yang lemah dan banyak lagi walhal kadang kala bahan bacaan
yang digunakan itu tidak sesuai diberikan kepada meraka.
Oleh itu, kebolehbacaan dijadikan
salah satu cara untuk memilih bahan bacaan yang sesuai untuk murid. Kebolehbacaan
menitik beratkan pemilihan bahan yang akan digunakan oleh guru kepada pelajar.
Memetik kata-kata Dale dan Chall (1974), kebolehbacaan merupakan campuran
interaksi antara perkara-perkara yang terkandung dalam bahan cetak yang memberi kesan kejayaan terhadap pembaca.
Kejayaan yang dicapai berpunca daripada keupayaannya memahami kandungan bahan
yang dibaca, kebolehan membaca dengan pantas dan mendapati bahan tersebut
sangat menarik.
Klare pula menyatakan ‘kebolehbacaan’
digunakan dengan tiga pengertian, iaitu:
a. Untuk
menunjukkan tulisan yang jelas serta mudah dibaca sama ada tulisan tangan atau
tulisan ditaip.
b. Untuk
menunjukkan keselesaan membaca kerana menimbulkan minat atau sedap dibaca.
c. Untuk
menunjukkan keselesaan memahami kerana gaya penulisan yang digunakan.
Secara
keseluruhannya, kebolehan membaca dapat mengurangkan pelajar yang tidak dapat
membaca dan sesuatu bahan berbeza-beza bergantung kepada tahap penerimaan
murid.
Faktor yang mempengaruhi kebolehan membaca
Terdapat
pelbagai faktor yang mempengaruhi dalam kebolehbacaan atau kebolehan membaca.
Antara faktor tersebut ialah:
a. Faktor
diri pembaca
Kecerdasan mental pelajar dan
kebolehan pelajar dalam membaca saling berkaitan kerana individu yang mempunyai
kecerdasan mental yang tinggi cepat memahami teks yang dibaca berbanding
pelajar yang kecerdasan mental yang lemah. Hal ini demikian kerana pelajar yang
cerdas akan memberi perhatian sepenuhnya kepada bahan bacaan semasa proses
membaca. Pelajar yang cerdas pastinya dapat mengingati setiap perkara yang
dibaca kerana mereka cepat memahami teks yang dibaca. Kajian yang dibuat oleh
pakar dalam bidang ini menunjukkan bahawa pelajar yang cerdas mempunyai
pemahaman yang sangat baik berbanding pelajar lain. Di samping itu, pengetahuan
dan pengalaman yang sedia ada juga turut membantu pelajar memahami kandungan
teks yang dibaca dengan baik.
b. Faktor
tulisan
Penggunaan tulisan juga mempengaruhi dalam
bahan bacaan. Tulisan yang baik dan jelas akan menarik minat pembaca untuk
membaca bahan tersebut. Pelbagai aspek yang perlu dikaji dalam penulisan dari
segi tulisan. Aspek tersebut mengambil kira saiz tulisan, jenis tulisan,
kekemasan tulisan, jarak tulisan, warna tulisan, saiz muka surat dan banyak
lagi. Aspek tersebut mempengaruhi kebolehbacaan bahan yang ada. Walaupun
tulisan yang kemas dan tersusun tetapi jika tulisan tersebut terlalu kecil akan
menyebabkan pembaca tidak boleh membaca apatah lagi untuk memahami teks
tersebut. Oleh itu, faktor tulisan sangat penting dalam kebolehan membaca.
c. Faktor
psikologi
Psikologi merupakan kajian
mengenai proses mental dan pemikiran pembaca. Minat dan motivasi pembaca
mempunyai peranan yang besar dalam memupuk tabiat serta keupayaan membaca. Minat
yang mendalam ke atas bahan bacaan memudahkan seseorang memahami teks tersebut
semasa proses membaca berlaku. Guru dapat mendorong pelajar dalam pemupukan
minat membaca, iaitu:
i. Menunjukkan
kepentingan membaca dalam kehidupan
ii. Menentukan
pemilihan bahan, alatan, kaedah, teknik bacaan yang sesuai.
iii. Memberikan
ganjaran yang sesuai dalam pembelajaran.
iv. Menggalakkan
aktiviti bercerita dan berkongsi pengalaman daripada bahan bacaan.
d. Faktor
pembendaharaan kata
Pembendaharaan kata mempengaruhi
kebolehbacaan kerana seseorang yang mempunyai pembendaharaan kata yang kurang
akan menyukarkan proses pembacaan kerana pembaca tidak dapat memahami teks
tersebut. Di samping itu, Harisson (1980) mengatakan kesukaran teks apabila
perkataan yang panjang serta kekerapan perkataan tersebut seperti perkataan
“interprestasi” dan sebagainya. Perkataan yang panjang selalunya perkataan yang
jarang digunakan dalam teks atau mungkin istilah-istilah tertentu mengikut
bidang. Oleh itu, pembaca tidak mengetahui maknanya kerana kekerapan perkataan
tersebut dijumpai dalam teks.
e. Faktor
komuniti
Komuniti yang berbeza-beza juga
memberi pengalaman yang berlainan dalam membentuk pengetahuan asas individu.
Bagi membezakan tahap pembacaan. Pembaca perlu menggabungkan pengetahuan yang
sedia ada dengan nilai yang ada dalam komuniti dari perspektif yang tersendiri.
Sebagai contoh, komuniti yang berada di luar bandar berbeza dengan komuniti
yang berada di bandar kerana pengalaman yang dilalui berbeza-beza. Begitu juga,
komuniti yang wujud di kawasan setinggan dengan komuniti di kawasan taman
perumahan walaupun kedua-duanya berada di bandar. Lebih banyak pengalaman dalam
komuniti serta penglibatan dalam aktiviti, semakin kaya pengetahuan latar
pembaca.
f. Faktor
ilustrasi dan warna
Ilustrasi dan warna dapat
meningkatkan atau menurunkan tahap kebolehbacaan bahan bergantung kepada cara
persembahan dan penggunaan dalam bahan bacaan. Ilustrasi dan warna dapat
menarik minat pelajar untuk membaca, contohnya nota atau bahan bacaan yang berwarna-warni
lebih memberi semangat untuk kita membaca nota tersebut serta mudah untuk
menghafal berbanding bahan bacaan yang hanya mempunyai satu warna sahaja.
Ilustrasi juga boleh membantu meningkatkan kefahaman pembaca terhadap sesuatu
konsep.
g. Faktor
sekolah
Persekitaran sekolah mempengaruhi
kebolehbacaan pelajar juga. Sekolah yang menyediakan persekitaran yang sesuai
untuk membaca akan menggalakkan pelajar untuk membaca dari segi psikologi
supaya mereka gemar membaca. Peranan guru dalam mengendalikan bilik darjah
sangat mempengaruhi minat membaca, iaitu:
i.
Pemilihan bahan
ii.
Jenis soalan yang ditanya
iii.
Jenis maklum balas yang diberi
iv.
Suasana pembelajaran
v.
Dorongan
vi.
Pengukuhan yang digunakan.
No comments:
Post a Comment