PENDEKATAN DALAM
MENGAJAR MEMBACA
Pendekatan Holistik
Tujuan pendekatan ini adalah untuk mengembangkan
potensi individu dalam suasana pembelajaran yang lebih menyenangkan. Pelajar
diharapkan dapat menjadi dirinya sendiri (learning
to be). Pelaksanaan mengajar membaca secara holistik perlu bermula diperingkat
awal membabitkan penyertaan pelbagai pihak termasuklah pelajar, guru,ibu bapa
dan masyarakat sebagai usaha memperoleh manfaat sepenuhnya.
Teks yang digunakan dalam bahan bacaan ialah
teks autentik iaitu teks dalam bentuk penerbitannya yang sebenar. Pergantungan
semata-mata pada buku teks di dalam kelas akan mengehadkan pembacaan terhadap
bahan yang tidak lengkap dan telah diubahsuai dengan keperluan dan kepadatan ruang
dalam buku teks tersebut. Jadi, guru haruslah menggunakan buku dalam bentuk
penerbitan supaya pelajar dapat menghalusi pemikiran penulis lebih mendalam.
Pendekatan Whole
Language
Pandangan
tentang belajar dan cara mendorong proses tersebut agar pelajar dapat membaca secara efektif dan efisien
sehingga mencapai hasil optimal (Weaver, 1990). Satu pendekatan dalam
pengajaran bahasa dikembangkan berdasarkan pelbagai wawasan dan hasil
penelitian dari pelbagai bidang ilmu antara lain pemerolehan bahasa dan
pengembangan membaca dan menulis dan lain lagi.(Goodman,1986).
Guru
melaksanakan kurikulum yang sudah dirancang dan disiapkan secara terperinci.
Murid akan memahami informasi yang disampaikan oleh guru secara langsung. Murid
secara aktif dapat memahami dan
menghayati pemahaman dan penghayatan prose pembacaan.
Antara
kaedah mengajar membaca adalah seperti membaca bebas, membaca secara berkoperatif, membaca dengan panduan guru, berkongsi membaca, dan membaca lantang. Ketika membaca bebas merupakan keadaan di
mana pelajar terlebih dahulu membaca keseluruhan bahan bacaan yang mereka
pilih. Pelajar berpeluang membaca bahan
yang dipilih daripada sekumpulan bahan yang disediakan oleh guru manakala
aktiviti bacaan yang dijalankan dalam bilik darjah dikawal oleh guru seberapa
minimum. Perkara yang perlu ditegaskan
dalam kaedah ini adalah arahan awal supaya pelajar membuat persediaan awal
sebelum membaca seperti menyediakan soalan-soalan sebelum, ketika dan sesudah membaca sendiri.
Pendekatan dalam
Mengajar Membaca Secara Berpusatkan Pelajar
Merupakan
kaedah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran terutama dalam aspek membaca dan menggalakkan pelajar menjadi
aktif dan tidak pasif.
Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu para pelajar menjalankan
pendekatan dalam membaca sama ada secara berkumpulan atau individu.
Pendekatan ini tidak bermakna pelajar akan
menentukan apa yang ingin dipelajari atau lakukan tetapi, pendekatan ini boleh
diinterpritasikan dengan pelajar memilih tajuk bacaan, kaedah membaca yang
mereka ingin gunakan serta aktiviti yang mereka ingin lakukan.
Prinsip Mengajar
Membaca Berpusatkan Pelajar
Daya
berfikir, minat dan perbezaan individu pelajar merupakan pertimbangan utama
dalam proses mengajar membaca. Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dirancang
untuk melibatkan pelajar secara aktif, dimana guru hanya sebagai fasilitator. Pembelajaran
terarah kendiri dan akses kendiri diberi keutamaan. Penekanan diberikan
terhadap penilaian kendiri.
Penampilan
Literasi dan Penguasaan Bahasa
Konsep
penampilan literasi telah dicetuskan daripada pelbagai kajian yang dijalankan
oleh M.M.Clay (1967), iaitu seorang tokoh dari New Zealand. Menjalankan kajian
yang menekankan aspek penguasaan bahasa dan tabiat membaca pada peringkat awal
kanak-kanak hinggalah awal remaja. Kanak-kanak membina kemahiran membaca dan
menulis tanpa titik permulaan atau pengakhiran. Kedua-dua kemahiran ini terbina
secara serentak dan saling bergantung antara satu sama lain tanpa urutan yang
tertentu. Proses bermula sebelum memasuki alam persekolahan, diperoleh melalui
pengalaman dan aktiviti di sekeliling. Pembelajaran ini melibatkan proses
komunikasi seperi membaca, menulis, bertutur, mendengar dan berfikir.
Kanak-kanak akan menguasai tatabahasa
asas bahasa ibundanya sebelum mencapai usia tiga tahun. Wujud perbezaan
berbahasa antara kanak-kanak. Secara semulajadinya manusia mempunyai kemampuan
untuk menguasai bahasa kerana terdapatnya sejenis alat dalam tubuh iaitu alat
untuk menguasai bahasa Language
Acquisition Device (LAD).
Dari sudut kognitif, kanak-kanak
menguasai bahasa secara berperingkat. Halliday (1975) pula berpendapat,
penguasaan bahasa merupakan satu proses aktif yang berlaku apabila kanak-kanak
cuba menggunakan bahasa yang betul menerusi kemampuannya membuat penelahan.
Kesediaan Membaca
Kanak-kanak
yang memasuki alam persekolahan perlu memiliki kesediaan untuk membaca dan
belajar. Hal ini demikian kerana ramai kanak-kanak yang apabila memasuki tahun
satu sudah mengenal huruf dan tahu membaca, namun sesetengah daripada mereka
telah sampai tahun masih tidak dapat membaca dan menulis dengan baik. Di sini
akan timbul persoalan apakah kanak-kanak ini tidak mempunyai kemampuan untuk
belajar membaca ataupun memerlukan masa lagi untuk belajar membaca.
No comments:
Post a Comment